Rancang dengan betul

Iklan
Perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 28 Jun lalu.

AWANG tak pandai nak sebut macam-macam nama rangsangan ekonomi yang kerajaan umumkan. Awang harap semua rancangan itu bukan cakap-cakap orang pandai dalam bilik berhawa dingin sahaja. Biarlah rancangan itu bertapak pada dunia nyata.

Awang fikir rakyat Malaysia memang dah lemas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown. Bukan mereka tidak mahu perangi wabak ini, tapi macam kata Khairy Jamaluddin 'rakyat sudah kurang percaya.'

Iklan
Iklan

Rakyat nampak PKP dan lockdown tak bawa banyak perubahan. Tak ada hasil yang jelas.

Dah lebih dua minggu lockdown pun jumlah jangkitan melambung pada 13,215 sehari Khamis baru lepas. Apa sudah jadi? Apa lagi pengorbanan yang dimahukan daripada rakyat?

Iklan

Oleh sebab itu, rakyat dah patah hati dengan tindakan kerajaan. Ada yang tanya apakah taktik perang kita salah? Apakah kita kena tukar pemimpin perang? Rakyat makin susah. Syarikat banyak tutup. Orang hilang kerja.

PKP dan lockdown hanya tambah rosakkan keadaan. Makin banyak kilang, premis perniagaan dan aktiviti ekonomi dihentikan, makin parah ekonomi. Syarikat kecil dan sederhana sudah lama bernafas dalam lumpur.

Iklan

Awang harap rancangan pulih ekonomi ini dibuat dengan betul. Bincanglah dengan pihak yang berkepentingan termasuk persatuan peniaga dan sebagainya.

Awang tak mahu apabila Covid-19 reda, kita tidak ada ekonomi yang nak diuruskan lagi.