IPOH - Polis akan membuka kertas siasatan berkaitan pergolakan politik Perak dengan menggulingkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan dijalankan di bawah kertas inkuiri polis selepas menerima laporan polis dari Sekretariat PH Perak, V Sivakumar berhubung perkara itu pada Rabu lalu.
"Kita akan tengok keperluan dari segi siasatan dalam masa terdekat terutama dakwaan-dakwaan pihak tertentu berhubung pergolakan politik di Perak ini.
"Kita sedar tentang perkara ini dan akan ambil langkah perlu untuk memastikan keadaan ini tidak menjejaskan keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak antara Datuk Hasnan Hassan dan Datuk Razarudin Husain serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Perak di Mes Pegawai Kanan Polis, hari ini.
Menurutnya, pihaknya akan memanggil wakil rakyat sekiranya diperlukan bagi melengkapkan siasatan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN:Komplot jatuhkan MB Perak: MP Batu Gajah lapor polis ]