Kelantan tidak mahu hilang mata menentang Perak II

Iklan
Ragini. Foto: TRW Kelantan FC

KETUA jurulatih Kelantan FC, Marco Ragini mahu pemain The Red Warriors (TRW) berwaspada apabila menentang Perak FC II pada saingan Liga Premier di Stadium Perak, malam ini.

Jurulatih kelahiran Itali itu berkata, pihak lawan dilihat melakukan banyak pembaharuan dalam tempoh liga berehat sebelum sepak mula saingan pusingan kedua Liga Premier.

Iklan
Iklan

"Kita tahu mereka (Perak FC II) menukar sebahagian pemainnya dan saya yakin pasukan Perak kini dalam keadaan yang sangat baik, lebih-lebih lagi ketika pusingan pertama mereka mencipta beberapa keputusan yang bagus.

"Kita tidak mahu hilang sebarang mata dalam pertemuan esok (malam ini),” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Iklan

Selepas 10 perlawanan, Kelantan kini berada di kedudukan ketujuh daripada 11 pasukan pada saingan Liga Premier manakala Perak FC II berada di kedudukan 10.

Ragini juga mengakui Kelantan FC masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghadapi baki saingan Liga Premier musim ini.

Iklan

"Kita mempunyai pemain baharu, seperti yang saya selalu beritahu sebelum ini kita perlukan masa bagi setiap pemain saling mengenal rentak masing-masing. Kami akan bekerja keras dan yakin akan bersedia menentang Perak FC II,” katanya.