Lapan wanita disyaki GRO ditahan

Iklan
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Changkat Thambi Dollah pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Seramai lapan wanita disyaki pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam ditahan dalam serbuan berasingan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Changkat Thambi Dollah di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam serbuan pada jam 2 pagi itu, pihaknya turut menahan tujuh lelaki termasuk dua pelanggan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, semasa serbuan kesemua wanita itu melarikan diri masuk ke dalam bilik di dalam premis berkenaan selepas menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas satu unit digital matrix processors, satu unit karaoke profesional digital audio, satu speaker, sebuah pemprosesan komputer (CPU), dua microphone dan tujuh keping kondom.

Iklan

"Hasil ujian urin ke atas kesemua individu berusia 19 hingga 57 tahun itu mendapati seorang lelaki yang juga pekerja dan lima wanita positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Nasri berkata, kesemua individu itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 55 B, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(b) Akta Imigresen dan Seksyen 22 (b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 1988 (Akta 342)," katanya.