Bekas pegawai Haiti arah bunuh Jovenel Moise

Iklan
Jovenel Moise. - Foto AFP

BOGOTA - Seorang bekas pegawai Kementerian Kehakiman Haiti dipercayai individu yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan presiden Jovenel Moise, menurut Agensi Berita Xinhua memetik pihak berkuasa Colombia.

"Joseph Feliz Badio, bekas pegawai Kementerian Kehakiman dan bekerja di unit antirasuah memberitahu Duberney Capador (bekas pegawai tentera Colombia) dan German Rivera (bekas ejen tentera Colombia) bahawa apa yang mereka perlu buat ialah bunuh presiden Haiti," kata Pengarah Polis Colombia, Jenderal Jorge Luis Vargas pada sidang akhbar.

Iklan
Iklan

Vargas berkata, Badio telah mengarahkan Capador dan Rivera 'tiga hari sebelum' arahan itu bukan untuk menahan Moise tetapi membunuhnya.

Pada Khamis, Presiden Colombia, Ivan Duque menyatakan bekas anggota tentera yang terbabit dalam pembunuhan itu mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

Iklan

Duque berkata, pentadbirannya telah 'bekerjasama' dengan pihak berkuasa Haiti untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab ditahan.

Dilaporkan sekumpulan tentera upahan Colombia terlibat dalam pembunuhan Moise di kediamannya di Port-au-Prince minggu lalu. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Haiti mati dibunuh