Plaza Tol Gombak sesak

Iklan
Gambar fail Sinar Harian.

SHAH ALAM - Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan berlaku kesesakan di Plaza Tol Gombak pada sebelah pagi tadi.

Menerusi makluman di Facebook, kesesakan berkenaan berlaku di kedua-dua arah iaitu arah Barat menghala ke Kuala Lumpur dan ke Timur.

Iklan
Iklan

"Trafik sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah ke Barat (KL) dan arah ke Timur (Kuantan)," katanya hari ini.

Pada Jumaat, LLM mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli.

Iklan

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan peratusan kemasukan kenderaan di SJR itu dikesan berlaku sejak pagi tadi sehingga pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, berlaku perdebatan dalam kalangan warganet yang mendakwa kesesakan tersebut berlaku disebabkan ada individu mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha pada 20 Julai ini.

Iklan

Tidak kurang juga ada yang mengatakan pertambahan kenderaan disebabkan Kuala Lumpur dan Selangor telah menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) pada Jumaat. Justeru, orang ramai bergerak atas urusan seperti perniagaan sama ada ke Kuala Lumpur atau keluar dari pusat bandar.