BENTONG - Satu program Kuliah Dhuha dan Burdah Qasidah Nur Nabawy peringkat Masjid Sultan Ahmad Shah Bentong telah berlangsung di sini, baru-baru ini.
Penyelaras program, On Rus Abu berkata, tujuan program ini diadakan untuk memberi ilmu kepada peserta untuk diamalkan bagi kehidupan dunia dan bekalan ke akhirat.
Menurutnya, pelbagai pengisian diadakan bagi memberi manfaat kepada peserta sepanjang program sehari ini.
"Selain itu, program sebegini dapat mengerat ikatan silaturahim dan mengimarahkan masjid sebagai institusi ilmu," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, pada program berkenaan, ceramah bertajuk Peringatan dan Ibrah dari al-Quran telah disampaikan oleh Sharifah Nasirah Binsmith.
Kemudian program disusuli ceramah kedua yang telah disampaikan oleh Habib Mustofa Alaydrus dengan dengan tajuk Ya Rasullullah, Cintamu Tak Terbalas.
Peserta juga telah mendengar persembahan Burdah Qasidah daripada kumpulan Qasidah Nur Nabawy dari Singapura yang disampaikan oleh Nur Jannah.
Peserta turut diselitkan kuliah bulanan daripada Habib Heykal dengan bacaan kitab bertajuk Ta'alim Muta' alim dan
program berakhir jam 4.30 petang.