Tinjauan di Pulau Langkawi

Iklan

Pekerja Premis Bebas Cukai, Gayathri Lachumanan, 21, menyusun coklat di premisnya ketika tinjauan di Pulau Pangkor baru-baru ini.

Tidak sampai setahun diisytihar sebagai pulau bebas cukai (PBC), kini pulau yang merupakan destinasi pelancongan terkemuka di Perak itu, bagaikan pekan mati.

Iklan
Iklan

Tinjauan ke beberapa lokasi seperti Pekan Pangkor, Teluk Nipah, Pasir Bogak dan kawasan Kota Belanda mendapati keadaannya umpama dilanggar burung garuda dengan suasana jalan raya yang lengang tanpa sebarang kenderaan. Hanya dedaun kering dilihat dibersihkan petugas Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada setiap pagi.

Lebih memilukan, penjual hanya menyerah nasib mereka biarpun beberapa premis dibenarkan beroperasi seiring dengan pelaksanaan PBC. - Foto Bernama

Iklan
Iklan