SHAH ALAM – Malaysia mengulangi pendirian bahawa pelaku tidak berperikemanusiaan yang menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai 2014 perlu diheret ke muka pengadilan.
Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, ia bukan hanya untuk menegakkan keadilan tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan kepada setiap ahli keluarga mangsa tragedi yang kehilangan insan tersayang.
Iklan
Iklan
"Malaysia yakin dan berharap pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini tidak menjadi penghalang kepada usaha menegakkan keadilan bagi membela mangsa-mangsa tragedi penerbangan MH17,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: MH17: Malaysia mahu semua bukti
Pada 17 Julai 2014, tragedi berlaku apabila pesawat Boeing 777, MH17 milik penerbangan Malaysia dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine, wilayah yang dikawal pemberontak pro-Rusia.
Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh manakala penumpang lain membabitkan rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.
Tegas kementerian itu, negara ini sentiasa komited dan memberikan sokongan penuh dalam usaha mengheret mereka yang bertanggungjawab atas tragedi menimpa MH17 ke muka pengadilan.
"Malaysia juga menuntut segala bukti yang ada didedahkan kepada umum dan proses kehakiman dijalankan secara adil serta tidak dipengaruhi oleh apa jua tekanan politik bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya.
Artikel Berkaitan