SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai ketua majlis memastikan ruang perbahasan dibuka seluas-luasnya kepada ahli-ahli Parlimen sewaktu sidang Dewan Rakyat akan datang.
Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau telah mengutus sepucuk surat berhubung desakannya itu kepada Azhar.
Iklan
Iklan
"Perkara ini mustahak bagi membincangkan hal-hal mendesak tatkala negara berhadapan dengan keadaan yang sangat mencabar dan rumit saat ini,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor akan memboikot sidang Dewan Rakyat sekiranya sesi perbahasan dan pembentangan usul tidak dibenarkan.
Mengulas lanjut, Anwar turut menekankan bahawa keberkesanan perlaksanaan program-program kerajaan dalam mendepani pandemik Covid-19 hanya akan dapat diketahui serta ditambah baik apabila ahli-ahli Parlimen diberi ruang menyuarakan cadangan dan pandangan semasa perbahasan.
"Harus diingat, peranan semak imbang Dewan Rakyat mestilah di martabat bukan disekat. Ahli-ahli Parlimen tidak dibayar untuk hadir menggangguk dan mengiyakan semua perkara tanpa perbahasan yang tuntas dan terperinci,” tegasnya.
Artikel Berkaitan