Bekalan bahan mentah sempena Aidiladha mencukupi

Iklan
Rosol

HULU TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan barangan keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan umat Islam di negara ini mencukupi dan terkawal.

Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pemantauan dan penguatkuasaan berterusan akan dilakukan bagi memastikan tiada berlaku sebarang kenaikan harga mendadak yang akan menekan pengguna.

Iklan
Iklan

"Kita memberi jaminan bekalan barangan makanan mencukupi pada musim perayaan ini dan pengguna tidak perlu risau.

"Jadi kita tidak akan tunggu, sebaik sahaja terima sebarang aduan berhubung sebarang isu, pemantauan, kawalan serta penguatkuasaan akan terus dilakukan segera," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan ke Program Outreach Vaksinasi di sini pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, Rosol berkata, kerajaan kini mengenal pasti isu kenaikan harga telur di pasaran yang dimaklumkan berlaku sejak beberapa hari lalu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kenaikan itu dikatakan berpunca daripada pengurangan telur diperingkat pengeluaran.

Iklan

"Siasatan akan dilakukan termasuk di peringkat peladangan, pengedar, pemborong dan seterusnya peruncit.

"Pegawai terlibat akan sentiasa siap sedia memantau sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung sebarang perkara berkaitan," katanya.