SAM Virtual Run & Ride bara kemeriahan Tokyo 2020

Iklan
Asan (kiri) ketika mempromosikan SAM Virtual Run & Ride berkenaan.

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengambil inisiatif menganjurkan SAM Virtual Run & Ride sebagai tanda sokongan kepada misi atlet negara memburu pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sekali gus memeriahkan lagi penganjuran temasya sukan terbesar dunia yang bermula 23 Julai ini.

Setiausaha Agung SAM, Asan Ahmad berkata, penganjuran Virtual Run & Ride ini adalah satu usaha persatuan untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia khusus buat peminat-peminat sukan tanah air.

Iklan
Iklan

"Penganjuran ini bertujuan untuk memeriahkan suasana Sukan Olimpik dalam kalangan peminat sukan tempatan, selain juga antara usaha SAM untuk mengajak rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat sukan supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan atlet negara di Tokyo.

"Acara ini juga kami anggap sebagai antara usaha SAM menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Iklan

Penganjuran yang julung kali diadakan ini terbuka kepada umum dan akan berlangsung secara maya selepas mengambil kira penularan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Dua kategori dipertandingkan iaitu larian sejauh 5 kilometer (km), manakala bagi berbasikal pula, jaraknya adalah sejauh 20km yang mana penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan yuran sebanyak RM15 bagi setiap peserta.

Iklan

Peserta bakal memperoleh E-Certificate dan E-Bip.

Peserta boleh merancang larian dan kayuhan mengikut masa dan waktu dirasakan sesuai sepanjang tempoh penganjuran yang akan berlangsung hampir sebulan bermula pada 18 Julai sehingga 8 Ogos.

Peserta juga perlu merekodkan aktiviti menggunakan apa-apa sahaja jenis aplikasi larian seperti Strava, Garmin, Fitbit, Samsung App dan sebagainya dan menghantar butiran screenshot tracking device sebagai bukti larian.

Peserta hendaklah menghantar rakaman video bukti larian kepada penganjur bermula 23 Julai ini.

Sekiranya menggunakan treadmill, peserta boleh menghantar gambar paparan skrin menunjukkan jumlah jarak dan masa aktiviti yang telah dilakukan sebagai bukti larian.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati di Facebook Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa atau Whatsapp 013-3446772 (Rozaidi) atau 013-3063919 (Ammar).