ALOR SETAR - Kerajaan didakwa gagal menangani kes Covid-19 kerana mengabaikan dua aspek penting bagi menyekat penularan wabak itu.
Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail berkata, kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf sistem pengudaraan atau ventilasi lebih baik di tempat tertutup selain menghebahkan informasi tepat penyebaran Covid-19 menerusi aerosol kepada masyarakat.
Menurutnya, kedua-dua aspek itu didapati berkesan dalam mengurangkan kes harian selain program vaksinasi, seperti dilakukan di Amerika Syarikat dan China.
"Ramai beranggapan berada di tempat terbuka tidak selamat, sedangkan tanggapan itu salah. Berada dalam tempat tertutup lebih berisiko dijangkiti Covid-19 kerana sistem pengudaraan tidak lancar dan menyebabkan aerosol yang mengandungi virus Covid-19 tergantung di udara yang tidak bergerak selama berjam-jam.
"Aerosol adalah titisan sangat kecil sekitar lima mikron atau kurang yang keluar daripada mulut dan hidung manusia ketika bernafas,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Dr Azman berkata, sekiranya punca utama penyebaran wabak ini tidak diatasi maka kes harian akan terus meningkat.
"Kerajaan perlu ambil langkah segera pastikan sistem pengudaraan dalam bangunan dan tempat awam diperbaiki untuk elak aerosol berkumpul. Contohi Amerika Syarikat dan China yang memperuntukkan berbilion dana untuk naik taraf sistem pengudaraan lebih baik, hasilnya kes di negara terbabit semakin kurang,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pada masa sama, masyarakat juga perlu diperjelaskan mengenai penyebaran Covid-19 menerusi aerosol dan bahaya berada di tempat tertutup.
"Kerana itu ruang dalam bangunan, pejabat, masjid, surau, kedai, dewan atau kilang, hendaklah dipastikan peredaran udaranya sentiasa bergerak. Tidak boleh ada udara terperangkap berjam-jam.
"Udara yang terperangkap dan tidak bergerak ini mengumpulkan virus Covid-19 di dalamnya dan disedut pula ke saluran pernafasan individu lain,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Azman berkata, situasi itu amat berisiko terutamanya varian Delta yang merebak sangat cepat dalam komuniti kita.
"Varian Delta hanya perlu masuk ke ruang tertutup udara di bangunan atau kenderaan dan akan terus tersebar kepada masyarakat sekitar kerana mudah berterbangan sebagai aerosol. Varian ini didapati 15 kali ganda lebih mudah tersebar di udara,” katanya.
Justeru, katanya, kerajaan perlu agresif mengingatkan orang ramai supaya membuka tingkap dan memastikan pengudaraan sentiasa berjalan dengan baik.
"Contohnya, penggunaan penghawa dingin dalam bangunan menyebabkan tingkap ditutup dan udara tidak beredar. Keadaan ini membawa kepada ventilasi atau pengudaraan yang buruk. Ia punca utama penyebaran virus Covid-19 dan kes berulang-ulang.
"Kerajaan gagal menjelaskan konsep asas penularan Covid-19. Ramai keliru, disebabkan itu masjid atau kilang dibuka namun berlaku jangkitan kerana berada dalam tempat tertutup tanpa pengudaraan yang baik,” katanya.
Dr Azman berkata, adalah lebih selamat untuk semua aktiviti dilakukan di kawasan terbuka dan udara bergerak kerana aerosol akan larut serta tidak merbahayakan orang lain.
"Contohnya, solat dalam khemah di kawasan terbuka adalah lebih selamat berbanding solat dalam masjid berhawa dingin. Ini termasuk pejabat dan kilang berhawa dingin dan tertutup adalah merbahaya kerana aerosol virus Covid-19 akan tergantung di udara, berbanding premis yang udaranya bergerak, tingkap terbuka, adalah jauh lebih selamat,” katanya.
Menurutnya, dengan adanya proses vaksinasi, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengatasi masalah pengudaraan dengan baik, negara pasti akan dapat mengatasi masalah pandemik Covid-19, seterusnya membuka kembali sektor ekonomi dan institusi pendidikan.