Presiden Itali hargai kemenangan The Azzurri

Iklan
Mattarella (kanan) mengucapkan tahniah kepada Chiellini sambil memegang trofi Kejuaraan Euro 2020 pada 12 Julai lalu. - Foto AFP

PRESIDEN Itali, Sergio Mattarella menganugerahkan ‘Order of Merit of the Italian Republic’ kepada pengendali Itali, Roberto Mancini dan skuad The Azzurri yang menjuarai Kejuaraan Euro 2020 baru-baru ini.

"Penghormatan itu adalah pengiktirafan terhadap nilai sukan dan semangat kebangsaan yang menghidupkan kemenangan The Azzurri di Euro 2020,” kata jurucakap istana presiden.

Iklan
Iklan

Mancini dan Presiden Itali FA, Gabriele Gravina dianugerahkan pingat ‘Grand Officer of the Republic’ manakala pengurus The Azzurri, Gabriele Oriali dan ketua delegasi, Gianluca Vialli menerima anugerah ‘Commander of the Republic’.

Sementara itu, Kapten The Azzurri, Giorgio Chiellini dianugerahkan pingat ‘Officer’ bersama dengan pemain lain yang turut dianugerahkan ‘Cavaliere (Knights).

Iklan
Iklan

Pada perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley, Itali mengalahkan England menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sekaligus gelaran pertama kalinya sejak edisi Euro 1968.