KKM tambah lima ambulans untuk HTAR

Iklan
Foto 123RF

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) telah menambah lima lagi ambulans untuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kata pengarah hospital berkenaan, Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Menerusi laman Facebook HTAR, beliau berkata, tambahan itu berikutan keadaan darurat pada masa sekarang membabitkan penggunaan ambulans yang sangat tinggi atau disifatkan beliau sebagai ‘luar biasa’.

Iklan
Iklan

"Panggilan yang diterima sangat banyak. Permintaan mengatasi keupayaan sedia ada," katanya.

Dr Zulkarnain mengulas demikian susulan laporan sebuah portal dalam talian bahasa Inggeris pada Sabtu yang mendakwa Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago sebagai berkata, dua individu dari kawasannya gagal mendapatkan ambulans untuk menerima rawatan Covid-19 di HTAR. - Bernama

Iklan
Iklan