Projek solar: Mahdzir sekali lagi beri keterangan di SPRM

Iklan
Mahdzir Khalid

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini berhubung siasatan projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Naib Presiden Umno itu tiba di pejabat SPRM pada jam 9.15 pagi bagi menyambung keterangannya sebelum meninggalkan tempat itu pada kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Iklan
Iklan

Semalam, Mahdzir, yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, memberi keterangan lebih lapan jam kepada SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 15 November lalu, isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, didakwa bersama bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor, menerima rasuah berkaitan dengan projek tenaga solar berkenaan.

Iklan

Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Rizal pula menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin. - Bernama

Iklan