TEMASYA Olimpik Tokyo yang akan membuka tirainya pada Jumaat ini digemparkan sekali lagi dengan dua kes positif Covid-19 membabitkan atlet di perkampungan sukan tersebut.
Ia menjadikan kes positif Covid-19 meningkat kepada tiga kes di perkampungan sukan tersebut selepas kes pertama direkodkan pada Sabtu yang melibatkan seorang individu yang tidak dikenali dan bukan atlet.