Politik identiti, wang, kuasa penghalang untuk negara

Iklan
Nazir sebagai panelis forum analisis bertajuk ‘Negara Dalam Krisis, Apa Solusi Terbaik?’ menerusi platform media sosial Sinar Harian, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dialetika TV pada Ahad.

SHAH ALAM - Masalah politik identiti, politik wang dan penumpuan kuasa di Pejabat Perdana Menteri menjadi penghalang untuk negara melakukan perubahan.

Pengerusi dan Pengasas Bersama Ikhlas Capital, Datuk Seri Nazir Razak berkata, masalah berkenaan dilihat semakin meningkat sejak tahun 1980-an dan merupakan antara paling serius dalam negara.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semua bermula dengan idea reformasi.

"Kalau kita ingat (konsep) Islam Hadhari, New Economic Model (NEM), 1Malaysia dan lain-lain.

Iklan

"Banyak ada idea, tetapi bila hendak buat pertukaran, bila kita tengok realiti dari segi pertukaran yang patut dijalankan, kita jumpa masalah-masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum analisis bertajuk ‘Negara Dalam Krisis, Apa Solusi Terbaik?’ menerusi platform media sosial Sinar Harian, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dialetika TV pada Ahad.

Iklan

Forum yang dikendalikan Syed Munawar Syed Mustar itu turut menampilkan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz; Ketua Strategic Hak Asasi Manusia, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR), Firdaus Husni dan Timbalan Presiden Ikram, Badlishah Sham Baharin sebagai panelis.

Sementara itu, Nazir berpandangan bahawa platform demokrasi musyawarah (deliberative democracy) memainkan peranan membantu proses demokrasi dalam negara ini.

Menurutnya, jika dilihat model demokrasi musyawarah di negara lain, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan dalam negara ini.

"Kerajaan Perikatan Harapan (PH) dulu, dia nak buat pertukaran dari segi Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tetapi tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan masyarakat Melayu.

"Kalau kita buat pertukaran UEC dan yang boleh membantu masyarakat Melayu, mungkin kedua-duanya boleh jalan sekali.

"Itulah contoh bagaimana satu platform deliberative demokrasi boleh menolong proses demokrasi ini,” jelasnya.