Liu Ying, Peng Soon sedia raih pingat Olimpik Tokyo 2020

Iklan
Aksi Liu Ying dan Peng Soon pada Olimpik Rio 2016 lalu.

PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengakui telah bersedia untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut Liu Ying, biarpun merasakan belum bersedia secukupnya, namun dia percaya mampu beraksi sebaik mungkin pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Iklan
Iklan

Malah atlet berusia 31 tahun itu turut yakin mampu memberikan persembahan 200 peratus dalam acara badminton pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak.

"Sampai sekarang kita habis berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) selama dua bulan dan rasanya masih belum mencapai tahap 100 peratus.

Iklan

"Walaupun rasa masih belum bersedia, tetapi sekarang kita rasa semakin bagus dan berharap bila sampai ketikanya nanti, 200 peratus lagi boleh keluar,” katanya sebelum berlepas bersama pasukan badminton negara ke Tokyo pada Sabtu.

Liu Ying turut berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh kontinjen negara bagi menjamin keselamatan atlet serta percaya perkara sama turut dipraktikkan di Jepun menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Iklan

Sementara itu pasangan beregu campurannya, Chan Peng Soon berharap agar kesemua atlet badminton negara mampu mempamerkan prestasi terbaik di Tokyo kelak.

Katanya, dalam keadaan sekarang, jika pemain mampu meraih pingat, ia pasti menjadi satu kepuasan.

"Sekarang kalau ke mana-mana pun pasti ada kes (Covid-19), hanya apa yang kita boleh buat adalah menjaga SOP dan kebersihan diri. Itu sahajalah,” katanya.