Insentif RM941,000 untuk pengusaha van, bas sekolah

Iklan
Hasni (kanan) menyaksikan penyampaian replika cek Bantuan Insentif 'one-off kepada pemandu bas dan van sekolah yang disampaikan Mohd Solihan (tengah) kepada Ramli di Taman Sri Temenggong, Muar, pada Sabtu.

MUAR - Bantuan Insentif 'one-off' bernilai RM941,000 yang diberikan kepada 1,882 pengusaha van dan bas sekolah di negeri ini memberikan kelegaan kepada mereka ketika berdepan pandemik Covid-19.

Setiap pengusaha menerima RM500 melalui bantuan yang disalurkan kerajaan negeri menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Iklan
Iklan

Seorang pengusaha bas sekolah, Muhammad Aminnur Rashid Mokhtar mengakui bantuan itu dapat meringankan bebannya yang terjejas teruk akibat pandemik tersebut.

Menurutnya. sejak sekolah ditutup akibat pandemik berkenaan, dia hanya dapat membawa pekerja kilang di kawasan sekitar sebagai sumber pendapatan.

Iklan

"Pendapatan memang jauh berkurang berbanding sebelum pandemik. Pada masa ini saya membawa pekerja kilang dan berharap tidak lama lagi keadaan boleh pulih untuk kami meneruskan kehidupan seperti sediakala.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan yang diberikan kepada pemandu bas sekolah," katanya selepas menerima bantuan berkenaan yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad di Taman Sri Temenggong di sini pada Sabtu.

Iklan

Turut hadir Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Ramli Abdul Rahman.

Pengusaha van sekolah, R Pupathia, hilang pendapatan sejak penutupan sekolah.

Dia mengakui turut menerima bantuan serupa menerusi Bantuan Ihsan Johor pada awal pandemik yang lalu.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan ini. Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban kami sekeluarga," katanya.