NGO cadang tubuh badan perhimpunan rakyat

Iklan
Badlishah Sham ketika menjadi panelis pada forum analisis bertajuk ‘Negara Dalam Krisis, Apa Solusi Terbaik?’ menerusi platform media sosial Sinar Harian, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dialetika TV pada Ahad.

SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu badan yang dipanggil perhimpunan rakyat dalam usaha menentukan hala tuju negara ke arah yang lebih baik.

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, perhimpunan rakyat itu membabitkan semua pihak termasuk rakyat biasa, pemimpin komuniti, NGO dan organisasi masyarakat sivil (CSO) untuk melontarkan pandangan dan cadangan dalam menyelesaikan krisis yang melanda negara.

Iklan
Iklan

"Penglibatan semua pihak ini penting untuk memastikan negara berada dalam landasan yang betul untuk menangani krisis seperti ekonomi dan kesihatan. Kalau kita lihat sektor ekonomi negara merudum dengan sangat teruk, ditambah dengan ketiadaan kemasukan pelabur asing.

"Justeru, saya juga berharap agar cadangan ini dapat diusulkan dan diperdebatkan di dalam Parlimen. Ini kerana ia mampu membantu negara menjadi lebih baik khususnya untuk jangka masa panjang,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada forum analisis bertajuk ‘Negara Dalam Krisis, Apa Solusi Terbaik?’ menerusi platform media sosial Sinar Harian, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dialetika TV pada Ahad.

Forum analisis bertajuk ‘Negara Dalam Krisis, Apa Solusi Terbaik?’ menerusi platform media sosial Sinar Harian, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dialetika TV pada Ahad.

Forum yang dikendalikan Syed Munawar Syed Mustar itu turut menampilkan Pengerusi dan Pengasas Bersama Ikhlas Capital, Datuk Seri Nazir Razak; Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Ketua Strategi Hak Asasi Manusia, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR), Firdaus Husni sebagai panelis.

Iklan

Sementara itu, Badlishah Sham berkata, pihak NGO dan CSO yang merupakan rakan strategik kini sedang merancang satu pelan tindakan kecemasan yang mana ia akan diketengahkan kepada rakyat.

Jelas beliau, pihaknya juga sudahpun berunding dengan pakar-pakar yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ekonomi dan kesihatan.

"Jadi, kita sedang menggembleng tenaga. Kita sudahpun selesai berunding dengan pakar macam mana nak tangani Covid-19 di negara. Saya kira insya-ALLAH tak lama lagi cadangan pelan tindakan ini akan keluar,” katanya.

Tambah beliau, masalah kesihatan yang berlaku ketika ini sebenarnya boleh diselesaikan kerana ramai pihak sudahpun merancang pelan pemulihan sebagaimana yang dilakukan pihak kerajaan dan juga pembangkang.

"Namun, ia perlu diperhalusi. Apa mikro strateginya. Macam mana kita nak memastikan sekatan pergerakan secara bersasar dan program vaksinasi ini menjadi lebih baik lagi,” ujarnya.