Saringan Covid-19 Lapangan Terbang

Iklan

Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kelantan berswafoto sebelum memulakan ujian saringan Covid-19 kepada penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa hari ini.

Individu yang mendapat kebenaran Polis untuk masuk ke Kelantan wajib membuat ujian calitan Covid-19-19 dalam tempoh 72 jam di tempat asal sebelum memulakan perjalanan.

Iklan
Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata arahan tersebut telah berkuat kuasa semalam.