Harap gelaran Datuk jadi pemangkin semangat Azizulhasni

Iklan
Reezal Merican mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni atas anugerah DPMT yang diterima pada Ahad. - Foto Facebook Reezal Merican

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada jaguh lumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada Ahad.

Menerusi kenyatan ringkas dalam akaun Facebook miliknya, beliau turut berharap anugerah berkenaan dapat menjadi pembakar semangat buat Azizulhasni menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bermula Jumaat ini.

Iklan
Iklan

"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato' Mohd Azizulhasni Awang, pelumba trek berbasikal negara di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (DPMT) yang membawa gelaran Dato'.

"Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi di Olimpik #Tokyo2020 ini," katanya.

Iklan

Terdahulu, Azizulhasni atau lebih dikenali dengan panggilan The Pocket Rocketman mengakui terkejut diberikan anugerah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azizulhasni, lima doktor terima gelaran Datuk

Iklan