Halang anak pulang beraya

Iklan
Fatimah melepaskan rindu kepada anak-anak dan cucu dengan berbual menerusi panggilan video dari rumahnya di Kuala Krai.

KUALA KRAI - Demi memastikan tidak berlaku penularan Covid-19, sepasang suami isteri terpaksa berkorban menghalang 12 anak mereka pulang ke Kampung Sri Tanjung di sini untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa ini.

Fatimah Hamat, 63, berkata, walaupun sambutan Aidiladha lebih meriah di negeri ini berbanding Aidilfitri, namun dia tidak sanggup mengambil risiko membenarkan anak-anak serta cucunya pulang beraya.

Iklan
Iklan

"Cukuplah dengan berbual menerusi panggilan video. Itu sudah mengubat kerinduan saya kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Fatimah berkata, dia reda dengan keputusan itu dan menyifatkan langkah itu adalah yang terbaik dalam memutuskan pandemik Covid-19.

Iklan

Menurutnya, anak-anaknya itu tinggal di Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan ada juga di kawasan berdekatan.

"Untuk memujuk anak-anak dan cucu kerana menghalang mereka pulang, kami mengirimkan buah durian sebagai pengganti diri," katanya.

Iklan

Sementara itu, Fatimah berkata, tiada sebarang persiapan dilakukan untuk sambutan Aidiladha tahun ini memandangkan ibadah korban persendirian tidak dibenarkan.

Sebaliknya, setiap hari dia dan suami, Abdul Rahman, 69, berdoa supaya Covid-19 segera hilang di negara ini.

"Saya berharap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat disegerakan dalam memutuskan rantaian pandemik itu.