Jual burger tampung kos pembedahan suami

Iklan
Noor Azlina (kanan) dan Basir menyediakan makanan yang dipesan pelanggan di rumah mereka.

SHAH ALAM - Bekas jurufoto di sebuah syarikat akhbar kini terpaksa bergantung kepada hasil jualan burger dan minyak wangi kereta bagi menampung kos pembedahan jantung yang perlu dijalani suaminya.

Noor Azlina Jaafar, 43, berkata, suaminya, Muhammad Basir Abu Bakar 42, memerlukan pembedahan dengan segera memandangkan keadaan jantung semakin merosot selepas menghidap penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan keadaan semasa yang merencatkan jualan perniagaannya ketika ini, Noor Azlina sukar untuk mengumpulkan wang bagi pembedahan suaminya yang mencecah antara RM70,000 sehingga RM80,000.

Noor Azlina Jaafar (kiri) dan Basir menyediakan makanan yang dipesan pelanggan di rumah mereka.

"Sekarang ini bergantung kepada perniagaan burger tapi sekarang tak boleh jual lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Pesanan tu memang ada, tapi kebiasaannya pembeli akan pesan selepas Maghrib dan susah untuk kami hantar kepada mereka.

"Sebelum ini suami boleh tolong hantarkan pesanan pelanggan tapi sekarang dengan keadaan kesihatan dia yang merosot susah untuk kami berbuat demikian selain perlu menjaga anak-anak di rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, Noor Azlina juga kini terpaksa berhadapan satu lagi situasi yang sukar apabila anak perempuannya yang berusia sembilan tahun disahkan bocor injap jantung dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Noor Azlina Jaafar (kiri) dan Basir menyediakan makanan yang dipesan pelanggan di rumah mereka.

"Sebelum ini anak kedua daripada tiga beradik ini baik sahaja, tak perlu makan ubat walaupun ketika lahir doktor cakap dia ada masalah jantung.

"Lepas janji temu baru-baru ini, doktor pula cakap anak mungkin ada masalah jantung bengkak kena buat pengimejan resonans magnetik (MRI) dan rawatan segera," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Noor Azlina boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank miliknya bernombor 114253446156.