Jenayah narkotik Melaka turun

Iklan
Raja Shahrom ketika menyampaikan sijil kecemerlangan kepada salah seorang anggota majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Melaka, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Bukit Beruang, di sini, hari ini.

MELAKA TENGAH - Statistik kes jenayah berkaitan narkotik di Melaka menunjukkan penurunan sebanyak 330 kes pada tahun 2018 berbanding 2017.

Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, bagi tempoh tersebut sebanyak 3,381 kes berkaitan narkotik dilaporkan pada tahun lalu berbanding 3,711 kes tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah itu 4,265 tangkapan telah dilakukan pada 2018 manakala 2017 mencatatkan 4,537 tangkapan dengan penurunan sebanyak 272 kes.

Katanya, sebanyak 72 kes telah dibuka dalam tempoh dua tahun itu dengan jumlah tangkapan melibatkan pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) seramai 97 orang yang turut mencatatkan penurunan 36 tangkapan dan 26 kes pada tahun lalu berbanding 61 tangkapan dan 44 kes pada tahun sebelumnya dengan membabitkan pelajar berusia 14 hingga 28 tahun.

Iklan

"Pembabitan masyarakat dalam penyalahgunaan dadah di negeri ini begitu membimbangkan meskipun statistik kes pada 2018 menunjukkan penurunan.

"Kita telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus agresif menjalankan aktiviti membanteras penyalahgunaan dadah dalam masyarakat dan fokus utama perlu diberikan kepada pelajar sekolah serta penuntut IPT," katanya.

Raja Shahrom

Iklan

Raja Shahrom berkata demikian selepas majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Melaka, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris dan Ketua JSJN negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid.

Dalam perkembangan lain, Raja Shahrom berkata, kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pegawai dan anggota polis perlu diberikan perhatian serius kerana ia memberi persepsi negatif kepada pihak berkuasa itu yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang.

Menurutnya, terdapat tujuh kes membabitkan tujuh tangkapan ke atas pegawai dan anggotanya yang terbabit dengan salahguna dadah pada tahun lalu, manakala lapan kes dan lapan tangkapan membabitkan pegawai dan anggota polis pada 2017.

Katanya, biarpun jumlah keanggotaan yang terlibat di seluruh negeri ini begitu rendah iaitu 0.01 peratus, namun kesannya besar terutama akan meberi impak buruk kepada masyarakat.

"Berdasrkan rekod pegawai dan anggota terlibat berusia 28 hingga 49 tahun manakala pangkat tertinggi pegawai terlibat penyalahgunaan dadah membabitkan individu berpangkat Inspektor.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbukti terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan akan dituduh di mahkamah atau mengambil tindakan tatatertib," katanya.