Persediaan ibadah korban

Iklan

Muhammad Afif Ashraf Adi, 14, memantau lembu peliharaan bapanya Adi Ali, 45, sebelum dihantar kepada pembeli untuk ibadah korban bagi sambutan Aidiladha yang akan disambut esok ketika tinjauan di Kampung Maras hari ini.

Aktiviti ibadah korban di Terengganu dibenarkan dengan bilangan petugas tidak melebihi 10 orang dan dalam keadaan sihat, di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) atau rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan.

Iklan
Iklan

Di samping itu lokasi lain yang turut dibenarkan ialah pekarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang yang diluluskan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Iklan
Iklan