27 terbunuh, bas bertembung treler di Pakistan

Iklan
Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan lebih 30 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah treler di wilayah Punjab timur Pakistan. Foto Xinhua

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan lebih 30 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah treler di wilayah Punjab timur Pakistan, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.

Menurut laporan, bas yang dipandu laju itu bertembung dengan trak treler dekat Taunsa di daerah Dera Ghazi Khan, Punjab.

Iklan
Iklan

Bas itu dalam perjalanan menuju bandar Sialkot dari daerah Rajanpur. - Bernama