India catat 38,164 kes baharu Covid-19, 499 kematian

Iklan
India melaporkan 38,164 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31,144,229.

NEW DELHI - India melaporkan 38,164 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31,144,229, menurut data terkini Kementerian Kesihatan Persekutuan.

Selain itu, 499 kematian dicatatkan sejak pagi Ahad menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 seraai 414,108, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Masih ada 4,21,665 kes Covid-19 yang aktif di negara ini, dengan penurunan 995 kes.

Sebanyak 30,308,456 orang telah sembuh dan dibenarkan hospital setakat ini. Sepanjang 24 jam lalu, seramai 38,660 pesakit dibenarkan keluar hospital. - Bernama

Iklan
Iklan