KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam sempena Aidiladha, pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pasukan pemantau akan bergerak membuat pemantauan tersebut bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhi SOP pada Aidiladha.