SHAH ALAM - Ketiadaan jaringan dan rantaian yang luas adalah antara masalah dihadapi usahawan Melayu dan Bumiputera untuk melebarkan perniagaan mereka.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, situasi ini berbeza dengan masyarakat Cina yang mempunyai jaringan kuat sesama mereka.
Iklan
Iklan
"Selain disiplin, orang Cina mempunyai rantaian dan jaringan yang kuat sehingga boleh bergantung kepada komuniti itu sendiri. Tetapi orang Melayu ini jaringan kita rapuh dan lemah.
"Jual pun dalam kalangan sesama sendiri saja. Lepas itu kalau ada orang jual nasi lemak, kita pun nak jual nasi lemak juga," katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini, hari ini.
AKAN MENYUSUL