'Dasar kerajaan dahulu baik, tapi...'

Iklan
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengakui dasar yang dilaksanakan kerajaan terdahulu untuk membantu golongan usahawan adalah baik.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan ada beberapa perkara lain yang perlu diberi penambahbaikan.

"Apa sahaja dasar (untuk usahawan) yang dilaksanakan kerajaan terdahulu adalah baik.

Iklan
Iklan

"Tetapi ada kekurangan yang perlu kita lakukan penambahbaikan termasuklah

mengurangkan penglibatan pihak yang berkepentingan di dalam politik," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai tetamu Bicara Minda di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Jelas Mohd Redzuan lagi, selari dengan dasar usahawan Malaysia baharu, kerajaan juga komited untuk mengubah minda golongan berkenaan.

Iklan

AKAN MENYUSUL