Rumah kedai separa kekal dua tingkat terbakar

Iklan
Keadaan dalam rumah kedai berkenaan yang terbakar hampir 95 peratus dalam kejadian berhampiran sebuah bank di Jalan Bukit Tiu pada pagi Selasa.

MACHANG - Sebuah rumah kedai separa kekal dua tingkat terbakar dalam satu kejadian berhampiran sebuah bank di Jalan Bukit Tiu pada jam 3.35 pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, operasi pemadaman itu melibatkan lapan anggota balai berkenaan dan lapan anggota tambahan dari Balai Bomba Tanah Merah.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, rumah kedai berkenaan terbakar 95 peratus, namun tidak melibatkan mangsa.

"Anggota bomba memadam kebakaran menggunakan air tangki dan pili bomba dan api berjaya dikawal pada jam 4.25 pagi.

Iklan
Iklan

"Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 7.14 pagi. Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.