Allianz Life lancar PreciousCover, BabyCover lindungi ibu hamil, bayi baru lahir

Iklan
Joseph Gross

SHAH ALAM - Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) melancarkan pelan PreciousCover dan BabyCover yang menyediakan ibu hamil dan bayi yang baru lahir pelbagai perlindungan sebelum dan selepas kelahiran serta perlindungan untuk anak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Joseph Gross berkata, PreciousCover memberikan perlindungan menyeluruh kepada ibu ketika dan selepas kehamilan manakala BabyCover melindungi anak daripada penyakit kritikal dan gangguan perkembangan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelan berkenaan dilengkapi dengan elemen unik untuk menjaga ibu dan anak secara hujung ke hujung dan mengurangkan kebimbangan semasa hamil.

"Pandemik Covid-19 meletakkan ibu hamil dalam keadaan lebih rapuh dan risau tentang perkara tidak dijangka sehingga boleh hilangkan kegembiraan seorang ibu.

Iklan

"Dengan pelan ini, kami berusaha keras untuk memahami cabaran mereka dan menghasilkan produk sesuai dengan keperluan.

"Ia penting kerana wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 didapati mempunyai risiko peningkatan komplikasi kehamilan yang teruk seperti preeklampsia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Jelasnya, kadar kematian bagi kelahiran bayi dan ibu mengandung meningkat sebanyak satu pertiga semasa pandemik Covid-19, dengan hasil kehamilan menjadi lebih buruk secara keseluruhan untuk bayi dan ibu di seluruh dunia.

Selain itu, tidak seperti pelan insurans pranatal yang biasa, PreciousCover dan BabyCover juga melindungi kehamilan tunggal daripada teknik pembiakan dibantu termasuk Inseminasi Intrauterin, Inseminasi Intraserviks dan Persenyawaan Vitro.

"Antara faedah khas untuk bayi baru lahir di bawah pelan ini adalah manfaat jika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Unit Kebergantungan Tinggi dan Unit Rawatan Rapi Neonatal serta manfaat Rawatan Fototerapi tanpa keperluan untuk dimasukkan ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Produknya, Ooi Haw Yun berkata, sebilangan ibu hamil kini bukan sahaja harus menghadapi kesusahan fizikal tetapi juga tekanan mental.

Tambahnya, PreciousCover direka untuk memasukkan manfaat rawatan psikoterapi bagi ibu untuk keadaan seperti Gangguan Kemurungan Utama dan Gangguan Kebimbangan Umum.

"PreciousCover dibahagikan kepada pelan 15,000 dan pelan 30,000 dengan manfaat antara RM250 hingga RM500 sehari untuk manfaat kemasukan ke hospital dan RM15,000 hingga RM30,000 bagi manfaat kematian akibat kelahiran anak atau komplikasi kehamilan.

"Bagi kanak-kanak pula, manfaat kematian adalah hingga RM5,000 di mana PreciousCover juga memberikan perlindungan terhadap 19 penyakit kongenital untuk kanak-kanak sehingga usia lima tahun.

"Pelan ini merangkumi bayaran sehingga RM20,000 apabila kanak-kanak itu didiagnos dengan salah satu penyakit tersebut,” ujarnya.

Menurut Haw Yun, di bawah pelan PreciousCover dan BabyCover, Allianz Life juga memberikan sokongan kepada ibu membabitkan nasihat perubatan mengenai kesihatan ibu dan anak dengan ahli perubatan dari Sunway Medical Centre.

Beliau menambah, bersempena dengan pelancaran produk itu, Allianz Life menganjurkan Peraduan Facebook PreciousCover & BabyCover yang akan berlangsung selama tiga minggu dari jam 12 malam pada 17 Julai hingga 12 malam pada 6 Ogos 2021.

"Pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan menerima Baucar Shopee bernilai RM500, RM200 dan RM100 sementara hadiah saguhati Baucar Shopee M50 untuk 10 pemenang.

"Untuk setiap penyertaan yang berjaya, Allianz Malaysia akan menyumbangkan RM10 kepada Women of Will, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk menyokong usaha Pusat Jahit Komuniti itu.

"Allianz Life juga bekerjasama dengan Motherhood untuk mengadakan Parentcraft Webinar setiap Sabtu bermula 17 Julai hingga Ogos.

"Untuk mendaftar ke Parentcraft Webinar, boleh layari www.motherhood.com.my/events dan berpeluang memenangi salah satu daripada tiga hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah kereta sorong bayi Chicco, tempat duduk kereta Maxi-Cosi dan Lacte Breastpump,” katanya.