GEORGETOWN - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar kepimpinan Pas untuk mendedahkan kepada umum bayaran yang dibuat kepada Clare Rewcastle Brown untuk bersetuju menyelesaikan kes samannya di luar mahkamah baru-baru ini.
Katanya pendedahan kepada umum ini akan dapat mengelakkan rakyat daripada terus terkeliru dengan kenyataan-kenyataan yang bercanggah selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap wartawan Sarawak Report itu awal bulan ini.