Lelaki tak pakai pelitup muka di stesen minyak direman

Iklan
Video tular menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat dan mempertikaikan tugas polis yang mengeluarkan kompaun terhadapnya kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak dekat Sri Damansara pada Selasa.

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang tular kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak, direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Perintah reman bermula Rabu sehingga 24 Julai itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak ke atas suspek berusia 29 tahun.

Iklan
Iklan

Suspek yang bekerja sebagai ejen insurans direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 188 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dia yang diwakili peguam, Rahmat Hazlan, dibawa ke mahkamah dengan memakai baju kemeja hitam selepas ditahan pihak polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, jam 10 malam pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, tular video berdurasi 15.42 minit, menunjukkan seorang lelaki di stesen minyak, didatangi anggota polis kerana tidak memakai pelitup muka.

Dalam video berkenaan, dia didapati tidak memakai pelitup muka dan mendakwa ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka itu boleh dijangkiti bakteria.

Iklan

Atas tindakan itu, dia dikenakan kompaun kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Namun ketika berada di dalam kereta lelaki terbabit yang masih merakam video itu turut mempertikaikan tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, suspek dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak dekat Sri Damansara.

Tindakan suspek memuat naik video itu bagaimanapun dikecam netizen kerana ia ternyata salah kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hina polis dalam video tular ditahan