WTCKL, COIC Shanghai teroka peluang perdagangan

Iklan
Irmohizam

KUALA LUMPUR - World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Chamber of International Commerce (COIC) Shanghai bagi meneroka peluang industri perdagangan di peringkat antarabangsa.

MoU yang ditandatangani 13 April lalu itu membolehkan WTCKL dan COIC Shanghai bersama-sama melonjakkan aktiviti perdagangan dan kerjasama ekonomi, pelaburan serta menyediakan sokongan teknikal dan fasiliti di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

Memorandum itu ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Pengerusi COIC Shanghai, Zhou Minhao.

"COIC Shanghai akan berganding bahu dengan WTCKL untuk melakukan lebih banyak aktiviti kerjasama dalam meningkatkan idea pertukaran ekonomi dan perdagangan antara perusahaan perdagangan dari kedua-dua negara dan memainkan peranan yang lebih besar untuk mempromosikan hubungan ekonomi dan perdagangan di antara Shanghai dan Kuala Lumpur,” kata Zhou Minhao.

Iklan

COIC Shanghai yang berpusat di Shanghai, China merupakan sayap perdagangan milik kerajaan China dan merupakan platform untuk aktiviti ekonomi, perdagangan, pengimportan juga pengeksportan secara domestik dan antarabangsa yang mempunyai reputasi yang cukup baik di China.

Sementara itu, Irmohizam berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan profesional yang berkualiti tinggi dalam memberi sepenuhnya sinergi dalam industri perdagangan dan pelbagai perkhidmatan sokongan.

Iklan

"Selain itu, kerjasama ini akan meluaskan rangkaian perkenalan dan mengukuhkan lagi kedudukan WTCKL di peringkat antarabangsa. Lawatan misi perdangangan akan dilaksanakan di Malaysia mahupun di Shanghai dan ia akan memberi manfaat yang baik untuk ekonomi negara,” kata Irmohizam.

Beliau yang juga Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik Majlis Penasihat Anggota World Trade Centres Association (WTCA) berkata, sebuah seminar bertajuk ‘Exploring Opportunities at the Port Klang Free Zone’ juga telah diadakan bagi memperluaskan peluang-peluang perdagangan kepada lebih 50 peserta yang terlibat dari pelbagai agensi di Malaysia dan juga China.