Penyerang gereja, masjid di California mengaku bersalah

Iklan
John Earnest - Foto AP

CHICAGO - Seorang bekas pelajar kejururawatan berusia 22 tahun bakal menghabiskan sisa hidup dalam penjara sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan berhubung kes serangan gereja dan membakar masjid di California pada 2019, lapor agensi berita Anadolu.

John Earnest mengaku menggunakan senapang separa automatik dan membunuh seorang wanita Lori Gilbert-Kaye, 60, dan mencederakan tiga lain, termasuk seorang kanak-kanak 8 tahun.

Iklan
Iklan

"Earnest mengaku bersalah atas perbuatannya disebabkan benci terhadap Yahudi dan mengaku menyebabkan kematian dan kecederaan parah.

"Dia juga mengaku bersalah membakar Masjid Dar-ul-Arqam di Escondido," kata Pejabat Peguam Daerah San Diego dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut pendakwa, memetik surat ditulis Earnest, dia mendapat inspirasi daripada kejadian tembakan di sebuah rumah ibadat di Pittsburgh pada 2018 dan insiden di Christchurch, New Zealand pada tahun berikutnya.

Perjanjian pengakuan itu menyaksikan Earnest terlepas hukuman mati tetapi tidak akan dibebaskan dengan parol.

Iklan

Sebagai tambahan kepada hukuman penjara seumur hidup, Earnest bersetuju menjalani hukuman 121 tahun dan 16 tahun di penjara negeri.

Hukuman ke atasnya akan dijatuhkan pada 30 September. - Bernama