Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan

Iklan
Malaysia masih kekal sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelabur serta warga asing.

KUALA LUMPUR - Malaysia masih kekal sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelabur serta warga asing dengan perspektif global menumpukan aspek pelaksanaan program vaksinasi serta usaha meningkatkan tahap imunisasi rakyat negara ini.

Penganalisis Crisis Comm, Peter Nicoll berkata, pergerakan di pasaran Malaysia juga ternyata bertambah baik pada awal minggu ini walaupun sebahagian besar fokus lebih tertumpu ke atas pasaran Amerika Syarikat (AS) serta soal pelarasan dalam pelbagai portfolio menteri terbabit.

Iklan
Iklan

"Namun semua perkembangan ini berlaku sebelum pengumuman oleh (agensi penarafan antarabangsa) Fitch Ratings yang bertindak mengekalkan penarafan terbitan jangka panjang Malaysia berdenominasi mata wang asing pada BBB+ dengan prospek stabil.

"Ini merupakan satu perkara yang positif dan menjadi tumpuan para pelabur dan warga asing,” katanya dalam program ‘Mid-Day Update’ pada Rabu.

Iklan

Bagaimanapun, pada masa sama, Nicoll berkata, aspek kestabilan politik terus menjadi kebimbangan utama para pelabur.

"Kita menjangkakan dapat melihat beberapa impak positif susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam beberapa minggu akan datang termasuk pengumuman mengenai kelonggaran untuk mereka yang lengkap dua dos suntikan vaksin yang dapat menggalakkan lebih ramai tampil mendapatkan suntikan itu.

Iklan

"Apa yang boleh kita katakan, perkembangan ini menunjukkan bahawa Malaysia kini di landasan tepat untuk mencapai sasaran (imuniti kelompok),” katanya.

Selain itu, Nicoll menyifatkan sentimen pesimis dalam kalangan rakyat sebagai sesuatu yang telah dijangkakan kerana pandemik yang melibatkan jangka masa panjang dan rakyat perlu berurusan dengan pelbagai peraturan serta menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam norma baharu.

"Malaysia masih lagi dalam fasa pengurusan pandemik dan belum beralih ke fasa pemulihan walaupun kita dapat melihat garis panduan yang lebih jelas mengenai peralihan berkenaan menerusi PPN,” katanya. - Bernama