Beri potongan, tangguh yuran ke IPTA

Iklan
Ahmad Jazlan

KOTA BHARU - UMNO Kelantan mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi potongan sehingga 50 peratus dan menangguhkan bayaran yuran pengajian kepada anak-anak daripada golongan berpendapatan rendah (B40) serta M40 yang mendapat tawaran menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob berkata, cadangan itu amat bertepatan memandangkan ramai golongan B40 dan M40 dilihat lebih terkesan dengan pandemik Covid-19 yang tiada kesudahan ketika ini.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan sekiranya pelajar menerima tawaran melanjutkan pelajaran mereka terlebih dahulu perlu membuat bayaran yuran pengajian.

"Situasi itu pastinya memeritkan buat golongan B40 dan M40 untuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan anak-anak mereka yang menerima tawaran menyambung pelajaran tersebut," katanya menerusi entri laman sosial Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, UMNO Kelantan mahu kerajaan membantu dan mempermudahkan anak-anak golongan B40 dan M40 dalam meneruskan pendidikan mereka di IPTA.

Katanya, langkah itu perlu diperluaskan ke pusat pendidikan kerajaan yang lain kerana golongan ini adalah permata negara pada masa hadapan.

Iklan