Agensi penguatkuasaan diarah ambil tindakan tegas

Iklan
Hamzah Zainudin - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Semua agensi penguatkuasaan telah diarah untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan dalam negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia termasuklah tindakan terhadap warga asing dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Iklan
Iklan

"Semua individu yang berada di Malaysia, wajib mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya menerusi Facebooknya pada Rabu.

Katanya, semua pihak turut digesa memberi kerjasama kepada anggota penguatkuasaan yang menjalankan tugas bagi memastikan kedaulatan negara dan kepentingan awam dapat dipelihara.

Iklan
Iklan