JAKARTA - Penasihat kanan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang digulingkan pada rampasan kuasa 1 Februari lalu, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu.
Nyan Win, 78, meninggal dunia di sebuah hospital selepas dipindahkan dari Penjara Insein Yangon minggu lalu, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) berkata dalam satu kenyataan.