Kes Covid-19 global lebih 191.7 juta, 4.12 juta kematian

Iklan
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 191.7 juta. - Foto Bernama

LEBIH 400,000 kes positif Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh dunia menjadikan jumlah kumulatif global ketika ini melebihi 191.7 juta.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.2 juta kes, diikuti India dengan lebih 31.2 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.4 juta kes.

Iklan
Iklan

Negara yang melebihi angka 5 juta kes pula adalah Perancis, Rusia, Turki dan United Kingdom, manakala Argentina, Colombia dan Itali mencatat kes melebihi 4 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melepasi 2.98 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 1.5 juta.

Iklan

Malaysia mencatat lebih 950,000 kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 430,000 dan lebih 63,000 kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 609,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 544,000 kes, India lebih 418,000 kes dan Mexico lebih 236,000 kes.

Iklan

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 77,000 kes korban, Filipina dengan lebih 26,000 kematian diikuti Malaysia lebih 7,000 kes dan Thailand dengan lebih 3,000 angka korban.