Ada syarikat kenakan caj mahal urus mayat Covid-19 bukan Islam

Iklan
Ada syarikat dikesan mengenakan bayaran terlalu tinggi untuk menguruskan mayat bukan Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19. (Gambar hiasan) - Foto Bernama (gambar kecil : Arul Kumar)

SEREMBAN - Beberapa syarikat dikesan mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran terlalu tinggi untuk menguruskan mayat bukan Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Negeri Sembilan.

Exco Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, bayaran dikenakan terlalu tinggi sehingga membebankan waris termasuk membabitkan pusat pembakaran mayat.

Iklan
Iklan

"Antara alasan yang diberikan oleh beberapa syarikat adalah mereka perlu menanggung kos tambahan untuk menyediakan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) dan bahan sanitasi.

"Saya berharap syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah Covid-19 dan pusat pembakaran mayat supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi berbanding sebelum ini," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, ini kerana mayat yang meninggal dunia akibat Covid-19 tidak melalui proses upacara keagamaan seperti kebiasaan yang mengambil masa lama dan tidak melibatkan kos yang banyak.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan beberapa agensi kerajaan untuk membekalkan PPE dan bahan sanitasi untuk mengurangkan kos tersebut.

Iklan

Selain itu katanya, pihaknya juga telah menyemak dengan beberapa agensi kerajaan dan mendapati bukan hanya syarikat tertentu sahaja yang ditetapkan untuk menguruskan mayat yang meninggal dunia akibat Covid-19.

"Oleh itu, pihak waris boleh memilih mana-mana syarikat yang dapat menawarkan kos pengurusan lebih rendah mengikut kemampuan mereka.

"Saya juga berharap persaingan yang sihat antara syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti ini akan membantu keluarga terlibat dengan kos yang rendah,” katanya.