Lebih 100 penduduk terjejas akibat gangguan air

Iklan
Jenny (tengah) bersama penduduk dari Taman Ipoh Timur menggesa LAP menyelesaikan masalah gangguan bekalan air.

IPOH - Masalah bekalan air yang sering terputus sejak setahun lalu telah menjejaskan kehidupan lebih 100 penduduk di Taman Ipoh Timur, Taman Perak dan Taman Kaya, di sini.

Iklan
Iklan

Penduduk, Thomas Wong, 58, berkata, mereka sering dikejutkan dengan gangguan bekalan air tanpa notis yang berlaku setiap minggu.

Menurutnya, penduduk dimaklumkan bahawa kejadian itu disebabkan masalah paip pecah berikutan keadaannya yang sudah lama.

Iklan

"Masalah ini sering berlaku dan disebabkan tanpa notis, kami tidak sempat untuk menyimpan air bagi kegunaan sepanjang hari seperti memasak dan ke tandas.

"Makanan boleh dibeli bungkus dari kedai tetapi aspek kebersihan diri amat penting terutama dalam keadaan Covid-19 ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

Iklan

Seorang lagi penduduk, Cheong Kok Hong, 61, berkata, penduduk terpaksa menyediakan tangki air sebagai langkah berjaga-jaga.

Thomas menunjukkan bekalan air yang disimpan selepas kawasan perumahannya kerap mengalami gangguan bekalan air.

"Sudah 28 tahun saya tinggal di taman ini dan gangguan bekalan air sering berlaku sejak beberapa bulan lalu hingga dalam sebulan berlaku antara tiga atau empat kali.

"Lembaga Air Perak (LAP) ada menghantar lori air tetapi apabila kerap sekali berlaku, sewajarnya mereka melakukan pembaikan segera bagi mengatasi masalah ini daripada berlanjutan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen menggesa LAP menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

"Paling terbaharu berlaku beberapa minggu lalu apabila penduduk mengalami gangguan bekalan lebih 12 jam disebabkan masalah paip yang sudah lama.

"Aduan telah dibuat kepada LAP dan masalah ini dilihat serius yang memerlukan tindakan segera dalam menyelesaikan masalah air terputus secara tiba-tiba," katanya.