Saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Gaza: Ebit Lew

Iklan
Ebit Lew mengadakan sidang akhbar menerusi Instagram Live pada Khamis.

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Ebit Lew mengakui tidak pernah membuka sebarang tabung untuk mengutip sumbangan kepada penduduk di Palestin.

Menurutnya, perbelanjaan beliau untuk ke Gaza adalah dengan menggunakan duitnya sendiri.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang tidak tahu pasal Gaza ni maki dengan kata-kata kesat kerana mereka ingat saya bawa duit sumbangan rakyat Malaysia pergi ke sana.

"Saya tidak pernah terfikir langsung untuk kutip sumbangan atas nama Gaza. Saya pergi dengan duit saya sendiri dan beberapa sahabat rapat serta rakan-rakan di Facebook.

Iklan

"Tujuan saya pergi ke Gaza adalah untuk membantu mereka yang memerlukan serta niat hanya untuk Allah SWT,” katanya dalam sidang akhbar menerusi Instagram Live pada Khamis.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan tuduhan seorang penyanyi rap, Caprice yang membuat pelbagai tuduhan dan mendakwa pendakwah berkenaan memburukkan nama negara ketika berada di Gaza.

Iklan

Mengulas lanjut, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew turut mempersoalkan kedudukan duit sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin yang bernilai RM20 juta.

Beliau meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk menjelaskan persoalan mengenai wang tersebut dan bagaimana cara pengagihannya kepada penduduk Palestin.

"Saya ni tak nak campur urusan orang lain. Tapi kalau tengok, duit RM20 juta itu, soalan yang sepatutnya ditanya ke mana duit RM 20 juta itu sekarang?

"RM20 juta tersebut sekarang berada di akaun siapa ? Sudah transfer kepada Nadir atau belum dan ada resit tak yang menunjukkan sumbangan RM20 juta ? Setakat ini yang diberitahu belanja RM500,000 ke RM1 juta adalah untuk makanan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN ALLAH bantu kami masuk ke Gaza dengan mudah dan betul: Ebit Lew

Saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Gaza: Ebit Lew

Ebit Lew turut menafikan dakwaan yang menyatakan beliau telah mencuri dokumen yang sepatutnya digunakan untuk membenarkan dirinya, Caprice, Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Harris masuk ke Gaza.

"Saya tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan semua orang ini untuk pergi ke Gaza. Saya tidak pernah mesej Caprice sepanjang nak pergi ke Gaza.

"Saya tidak tahu kenapa tuduhan tersebut, saya bersangka baik. Mungkin dia penat, stres dan tidak sedar apa yang berlaku. Saya maafkan dan doakan dia,” katanya.

Pada masa sama, Ebit Lew turut menjelaskan tohmahan terhadap beliau yang didakwa mencium kaki Menteri di Gaza adalah tidak benar.

"Ini fitnah yang sangat melampau kerana ia melibatkan akidah saya. Memang tidak ada. Takkanlah saya nak cium kaki orang,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN 'Saya telah difitnah' - Ebit Lew