SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa meminta agar tidak mengaitkan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dalam konflik yang membabitkan pendakwah bebas, Ebit Lew dan penyanyi rap yang juga aktivis, Caprice.
Dalam sidang akhbar yang dibuat menerusi Instagram Live pada Khamis, Ebit Lew menjawab segala persoalan dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sepanjang beliau berada di bumi Gaza.
Bagaimanapun, dalam lebih 200 ribu tontonan dan komen yang hadir pada sesi Live tersebut, netizen tertarik dengan luahan Neelofa yang tidak mahu ibunya terpalit dalam kontroversi itu.
"Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas.
"Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat,” luahnya.
Dalam masa yang sama, Ebit Lew turut menjelaskan mengenai dakwaan Caprice yang menyatakan beliau telah mencuri dokumen yang sepatutnya digunakan untuk membenarkan dirinya, Caprice, Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Harris masuk ke Gaza.
"Saya tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan semua orang ini untuk pergi ke Gaza. Dia kata mak Neelofa yang beritahu dia hal itu,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN ALLAH bantu kami masuk ke Gaza dengan mudah dan betul: Ebit Lew
Saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Gaza: Ebit Lew