'Tindakan Hamilton tak salah'

Iklan
Lewis Hamilton

PASUKAN Mercedes mempertahankan tindakan pelumba mereka, Lewis Hamilton selepas insiden kemalangan membabitkan Max Verstappen di Grand Prix (GP) British.

Ketua Teknikal Mercedes, James Allison berkata, tindakan Hamilton itu tidak menyalahi peraturan memotong yang ditetapkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Iklan
Iklan

"Daripada pemerhatian kami, tindakan Lewis tidak menyalahi garis panduan memotong oleh FIA. Lewis berada di sebelah dan tayar depannya melepasi bahagian tengah kereta Verstappen.

"Menurut garis panduan anda perlu berada di sebelah dan boleh mengambil selekoh. Maksudnya boleh mengambil selekoh tanpa terkeluar dari trek atau hilang kawalan," katanya.

Iklan

Tindakan Hamilton itu menyebabkan jentera milik Verstappen melanggar penghadang keselamatan di Litar Silverstone sebelum dibawa ke Hospital Coventry untuk pemeriksan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada hari yang sama.

Verstappen turut mendakwa juara dunia tujuh kali itu menampilkan pemanduan berbahaya, tidak menunjukkan hormat dan semangat kesukanan susulan kemalangan itu.

Iklan

Dalam perlumbaan itu, Hamilton muncul pemenang sekali gus mengurangkan jurang dengan pendahulu kejuaraan dari Belanda itu daripada 33 mata kepada hanya lapan mata.