'Saya tak nak campur urusan orang lain, tapi duit RM20 juta itu ke mana?'

Iklan
Ebit Lew

SHAH ALAM - Nama Pendakwah bebas, Ebit Lew menjadi panas ketika ini tatkala muncul kontroversi membabitkan dirinya sepanjang menjalani misi bantuan kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

Pada Khamis, Ebit Lew tampil membuat pendedahan berhubung beberapa tohmahan secara terbuka yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi yang juga aktivis, Caprice.

Iklan
Iklan

Dalam sidang media menerusi Instagram dan Facebook Live itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuka sebarang tabung untuk mengutip sumbangan kepada penduduk di Palestin.

Menurutnya, perbelanjaan untuk ke Gaza adalah dengan menggunakan duitnya sendiri.

Iklan

"Orang ramai yang tidak tahu mengenai Gaza ni maki dengan kata-kata kesat kerana ingat saya bawa duit sumbangan rakyat Malaysia pergi ke sana.

"Saya tidak pernah terfikir langsung untuk kutip sumbangan atas nama Gaza. Saya pergi dengan duit saya sendiri bersama beberapa sahabat rapat dan rakan-rakan di Facebook.

Iklan

"Tujuan saya untuk pergi ke Gaza adalah hanya untuk membantu mereka yang memerlukan serta berniat hanya untuk Allah SWT,” katanya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN ALLAH bantu kami masuk ke Gaza dengan mudah dan betul: Ebit Lew

Saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Gaza: Ebit Lew


'Saya telah difitnah' - Ebit Lew

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan pelbagai tuduhan yang dibuat dan mendakwa Ebit Lew memburukkan nama negara ketika berada di Gaza.

Caprice turut menegur perilaku Ebit Lew yang menggunakan gambar kanak-kanak malang di Gaza sebagai salah satu kandungan di media sosialnya.

Sementara itu, Ebit Lew turut mempersoalkan kedudukan duit sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin yang bernilai RM20 juta.

Beliau meminta Muhammad Nadir untuk menjelaskan persoalan mengenai wang tersebut dan bagaimana cara pengagihannya kepada penduduk Palestin.

"Saya ni tak nak campur urusan orang lain. Tapi kalau tengok, duit RM20 juta itu, soalan yang sepatutnya ditanya, ke mana RM 20 juta tu sekarang?

"RM20 juta tersebut sekarang berada di akaun siapa ? Sudah transfer ke Nadir atau belum dan ada resit tak yang menunjukkan sumbangan RM20 juta ? Setakat ini yang diberitahu belanja RM500 ribu ke RM1 juta adalah untuk makanan,” katanya.

Dalam pada itu, segelintir netizen bertindak menyerang keluarganya dengan cacian dan kata-kata kesat seperti menggelar mereka dajjal, penunggang agama, syaitan dan anak haram.

Ekoran daripada kontroversi tersebut, Ebit Lew telah membuat laporan polis pada petang Rabu dan membuat keputusan untuk mengadakan sidang media pada Khamis bagi menjawab segala persoalan.