Cuaca panas tidak jejas industri pelancongan

Iklan
Orang ramai melancong ke lokasi pelancongan walaupun dalam cuaca panas terik ketika ini.

IPOH - Cuaca panas ketika ini dilihat tidak banyak memberikan kesan kepada industri pelancongan khususnya di negeri ini.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak Tan Kar Hing berkata, aktiviti pelancongan di negeri ini masih berjalan seperti biasa namun orang ramai dilihat beralih kepada produk-produk pelancongan yang berlainan sedikit.

Iklan
Iklan

"Pada kebiasaannya, musim pelancongan bergantung kepada musim cuti persekolahan atau musim cuti perayaan. Bagaimanapun pada ketika musim cuaca panas hari ini, besar kemungkinan pelancong-pelancong akan beralih kepada produk pelancongan lain pula.

"Sebagai contoh, pada ketika cuaca panas terik ini, mereka akan beralih ke pusat percutian berbeza seperti kawasan perkelahan, air terjun atau mengunjungi taman tema dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu Kar Hing berkata, majlis pelancaran bagi perkhidmatan bas Hop On Hop Off (HOHO) akan tetap diteruskan selepas ini walaupun dalam keadaan cuaca yang panas.

Katanya, bas HOHO itu bakal dilengkapi dengan ruang terbuka di bahagian atas serta bahagian berhawa dingin di sebelah bawah.

Iklan

"Kita kan teruskan kerana bas HOHO ini dijadualkan beroperasi pada suku pertama 2019," katanya.